Mikro Pengajaran Saya

































REFLEKSI


Kebelakang ini, dalam minggu yang berturut-turut aku begitu tertekan dengan tugasan yang berlambak!  Sebagai seorang guru Pusat Sumber Sekolah, aku baru diperjawatkan sebagai penyelia utama dalam  x sekolah  untuk menhasilkan cetakan pertama untuk mengharumkan nama sekolah aku di jamuan majlis perpisahan dan penyampaian hadiah pada 6 November 2012 ini. Aku mesti merancang dan membantu semua guru serta belajar bagaimanakah  boleh menjayakan projek baru ini dengan serta-merta.
Seterusnya, aku mesti menyediakan dan melaksanakan kempen membaca mulai 22 Oktober hingga 26 Oktober dengan sepenuh masa supaya bukti gambar dapat diserta dengan rekok aktiviti-aktiviti dihantar  ke pusat kegiatan guru dengan baiknya.
Selain itu, dalam masa yang sama aku mesti menggantikan Cikgu Lim yang masih dalam cuti bersalin untuk menghasilkan dan mencetakkan sijil kehadiran  100 peratus bagi lebih kurang 80 orang murid dalam sekolah ini. Tambahan pula, aku  mesti menyediakan helaian undi bagi setiap murid tahap 1 dan 2, mengadakan kempen secara berperingkat tentang pemilihan murid contoh sekolah tahun 2012 dalam masa 10 hari serta membincangkan dan menjumpai kontraktor  dan supplier tentang penggunaan dan perancangan relovasi dan perpindahan tempat kerja saya sebelum tamat persekolahan ini.
Seperti biasanya,  “ musim” bagi guru pergi menyemak kertas UPSR serta kursus-kursus telah bermula, sedangkan keadaan sekolah aku menghadapi masalah kekurangan guru,  maka aku perlu menggantikan kelas dengan lebih kerap kali dalam setiap minggu. Alangkah meriahnya alam sekolah aku ini!
Walau bagaimanapun aku telah berjaya mendapat rakaman makro pengajaran di hari yang terakhir sebelum cuti akhir semester bermula. Ini adalah rakaman video yang ketiga bagi saya kerana pada rakaman yang pertama aku telah digagalkan kerana alat rakaman berhenti berfungsi dengan tiba-tiba dan yang kedua kali pula adalah diganggu oleh murid-murid  tahun 6 yang asyik masuk ke dalam bilik darjah dengan berkali-kali kerana ingin mendapat tandatangan dan kata-kata kenangan dari aku.
Selepas pengalaman sedia ada ini, sebelum rakaman video makro pengajaran diadakan saya telah meminta dua orang pengawas sekolah untuk menjaga di sekitar bilik darjah supaya murid dan guru tidak akan masuk ke bilik darjah dengan tidak berhenti-henti dan ini sudah mengganggu masa pembelajaran dan pengajaran aku untuk berjalan dengan lancar.
Dengan hati yang agak berdebar-debar, akhirnya aku telah menjalankan makro pengajaran pada murid tahun 3 dalam pengajaran bahasa Melayu pada hari terakhir dalam sesi persekolahan tahun ini, tetapi aku rasa makro pengajaran ini tidak begitu baik dari segi penyampaian dalam nada dan  tingkah laku, aku asyik panggil nama murid dalam bentuk bahasa Mandarin. Selain itu, aku juga berkerap kali gunakan tangan untuk menggosok hidung yang katal kerana selsema ringan. Ini adalah tidak baik dari segi pandangan murid dan tidak dapat menjaga kebersihan diri setelah pegang kapur. Sebagai seorang guru, aku mesti menjaga imej dan pandangan murid terhadap cikgu pada setiap masa. Maka, semua murid akan lebih suka dan yakin pada guru-guru. Profesional guru dapat dimertabatkan dengan kekalnya.
Semasa dalam langkah mengisikan tempat kosong pada lembaran kerja,aku mendapati ramai murid tidak dapat menulis perkataan dengan baik, kemas dan betul. Cara pengan pensil dan gaya duduk pada kebanyakan murid adalah bermasalah, terutamanya para murid lelaki.
Pada mulanya, murid menulis perkataan pada lembaran kerja 1, seterusnya membina ayat tunggal dan ayat majmuk pada lembaran kerja 2. Aku mendapati murid lelaki asyik suka menulis huruf  “ a,  u ,  k dan lain-lain”  dengan :
1.   “a”  ditulis menjadi  “ a” yang mulut terbuka pada bahagian atas
2.   “ u”  ditulis seperti  huruf  yang amat mengkelilukan untuk dibaca
3.   huruf besar dan huruf kecil - tidak ada membanding bezakan saiz dan
      kebesaran, ketinggian huruf itu.
Pada pendapat aku, murid yang tidak mampu pegang pensil dengan cara yang betul adalah disebabkan kurang perhatian dan didikan pada hari kemudian walaupun mereka telah diajar oleh guru bermula dari alam persekolahan tadika mahunpun tahun 1 tetapi guru telah cuai dalam bimbingan yang berterusan terutamanya semasa mereka menulis di buku tulisan yang bergaris- dua. Sebenarnya guru mesti mengajaran dan member penekanan yang wajar sepanjang tempoh permulaan ini. Tempoh permulaan merupakan asas yang kukuh bagi mereka yang Berjaya menulis dengan betul dan cantik pada hari kemudian. Oleh sebab ini, guru perlu mempunyai kemampuan serta keyakinan dalam proses mengajar dan membimbing.
            Selain dari itu, guru juga mesti menegaskan  cara baik duduk di dalam bilik darjah. Maka guru boleh menjelaskan kepada murid tentang kabaikan dan keburukan
Misalnya, murid yang sentiasa duduk  senget akan menyebabkan  bahagian tulang belakang tidak boleh tumbesar dengan lurus. Lebih-lebih lagi, gologan ini mungkin akan mengalami sakit tulang belakang semasa dewasa nanti. Manakala bagi murid yang mampu sentiasa duduk tegak dan betul pula akan diberikan hadiah sebagai galakkan  dan pengukuhan dari pihak sekolah.
             





2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih atas melayari mikro pengajaran saya di blog.
      Saya akan berkongsi refleksi tentang P&P ini di blog pada hari kemudian.

      Delete