REFLEKSI
Kebelakang
ini, dalam minggu yang berturut-turut aku begitu tertekan dengan tugasan yang
berlambak! Sebagai seorang guru Pusat
Sumber Sekolah, aku baru diperjawatkan sebagai penyelia utama dalam x sekolah untuk menhasilkan cetakan pertama untuk mengharumkan
nama sekolah aku di jamuan majlis perpisahan dan penyampaian hadiah pada 6
November 2012 ini. Aku mesti merancang dan membantu semua guru serta belajar
bagaimanakah boleh menjayakan projek
baru ini dengan serta-merta.
Seterusnya, aku mesti menyediakan dan
melaksanakan kempen membaca mulai 22 Oktober hingga 26 Oktober dengan sepenuh
masa supaya bukti gambar dapat diserta dengan rekok aktiviti-aktiviti dihantar ke pusat kegiatan guru dengan baiknya.
Selain itu, dalam masa yang sama aku
mesti menggantikan Cikgu Lim yang masih dalam cuti bersalin untuk menghasilkan
dan mencetakkan sijil kehadiran 100
peratus bagi lebih kurang 80 orang murid dalam sekolah ini. Tambahan pula, aku mesti menyediakan helaian undi bagi setiap
murid tahap 1 dan 2, mengadakan kempen secara berperingkat tentang pemilihan murid
contoh sekolah tahun 2012 dalam masa 10 hari serta membincangkan dan menjumpai
kontraktor dan supplier tentang
penggunaan dan perancangan relovasi dan perpindahan tempat kerja saya sebelum
tamat persekolahan ini.
Seperti biasanya, “ musim” bagi guru pergi menyemak kertas UPSR
serta kursus-kursus telah bermula, sedangkan keadaan sekolah aku menghadapi
masalah kekurangan guru, maka aku perlu
menggantikan kelas dengan lebih kerap kali dalam setiap minggu. Alangkah
meriahnya alam sekolah aku ini!
Walau bagaimanapun aku telah berjaya
mendapat rakaman makro pengajaran di hari yang terakhir sebelum cuti akhir
semester bermula. Ini adalah rakaman video yang ketiga bagi saya kerana pada
rakaman yang pertama aku telah digagalkan kerana alat rakaman berhenti
berfungsi dengan tiba-tiba dan yang kedua kali pula adalah diganggu oleh murid-murid
tahun 6 yang asyik masuk ke dalam bilik
darjah dengan berkali-kali kerana ingin mendapat tandatangan dan kata-kata
kenangan dari aku.
Selepas pengalaman sedia ada ini,
sebelum rakaman video makro pengajaran diadakan saya telah meminta dua orang pengawas
sekolah untuk menjaga di sekitar bilik darjah supaya murid dan guru tidak akan
masuk ke bilik darjah dengan tidak berhenti-henti dan ini sudah mengganggu masa
pembelajaran dan pengajaran aku untuk berjalan dengan lancar.
Dengan hati yang agak berdebar-debar,
akhirnya aku telah menjalankan makro pengajaran pada murid tahun 3 dalam
pengajaran bahasa Melayu pada hari terakhir dalam sesi persekolahan tahun ini,
tetapi aku rasa makro pengajaran ini tidak begitu baik dari segi penyampaian
dalam nada dan tingkah laku, aku asyik
panggil nama murid dalam bentuk bahasa Mandarin. Selain itu, aku juga berkerap
kali gunakan tangan untuk menggosok hidung yang katal kerana selsema ringan.
Ini adalah tidak baik dari segi pandangan murid dan tidak dapat menjaga
kebersihan diri setelah pegang kapur. Sebagai seorang guru, aku mesti menjaga
imej dan pandangan murid terhadap cikgu pada setiap masa. Maka, semua murid
akan lebih suka dan yakin pada guru-guru. Profesional guru dapat dimertabatkan
dengan kekalnya.
Semasa dalam langkah mengisikan tempat
kosong pada lembaran kerja,aku mendapati ramai murid tidak dapat menulis
perkataan dengan baik, kemas dan betul. Cara pengan pensil dan gaya duduk pada
kebanyakan murid adalah bermasalah, terutamanya para murid lelaki.
Pada mulanya, murid menulis perkataan
pada lembaran kerja 1, seterusnya membina ayat tunggal dan ayat majmuk pada
lembaran kerja 2. Aku mendapati murid lelaki asyik suka menulis huruf “ a,
u , k dan lain-lain” dengan :
1.
“a”
ditulis menjadi “ a”
yang mulut terbuka pada bahagian atas
2. “ u” ditulis seperti huruf
yang amat mengkelilukan untuk dibaca
3. huruf besar dan huruf kecil - tidak ada
membanding bezakan saiz dan
kebesaran, ketinggian huruf itu.
Pada
pendapat aku, murid yang tidak mampu pegang pensil dengan cara yang betul
adalah disebabkan kurang perhatian dan didikan pada hari kemudian walaupun
mereka telah diajar oleh guru bermula dari alam persekolahan tadika mahunpun
tahun 1 tetapi guru telah cuai dalam bimbingan yang berterusan terutamanya
semasa mereka menulis di buku tulisan yang bergaris- dua. Sebenarnya guru mesti
mengajaran dan member penekanan yang wajar sepanjang tempoh permulaan ini.
Tempoh permulaan merupakan asas yang kukuh bagi mereka yang Berjaya menulis
dengan betul dan cantik pada hari kemudian. Oleh sebab ini, guru perlu
mempunyai kemampuan serta keyakinan dalam proses mengajar dan membimbing.
Selain dari itu, guru juga mesti
menegaskan cara baik duduk di dalam
bilik darjah. Maka guru boleh menjelaskan kepada murid tentang kabaikan dan
keburukan
Misalnya,
murid yang sentiasa duduk senget akan
menyebabkan bahagian tulang belakang tidak
boleh tumbesar dengan lurus. Lebih-lebih lagi, gologan ini mungkin akan
mengalami sakit tulang belakang semasa dewasa nanti. Manakala bagi murid yang
mampu sentiasa duduk tegak dan betul pula akan diberikan hadiah sebagai
galakkan dan pengukuhan dari pihak
sekolah.
Thanks for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih atas melayari mikro pengajaran saya di blog.
DeleteSaya akan berkongsi refleksi tentang P&P ini di blog pada hari kemudian.